Saturday, January 19, 2013

Kata Kunci Ajaib yang Anda Tidak Ketahui

Kata Kunci Ajaib Google yang Jarang Diketahui  di Dunia
Kata Kunci Ajaib Google yang Jarang Diketahui  di Dunia

Google merupakan search engine terkemuka yang meduduki peringkat satu diantara web search lainnya, biasanya hampir setiap orang akan menggunakan google search ini untuk mencari berita atau informasi yang mereka inginkan. Ternyata, terdapat beberapa trik pencarian baru yang bisa dilakukan pada mesin pencari itu.Misalnya, ‘do a barrel roll’ di mana jika diketik di bar pencarian Google, akan terjadi koprol 360 derajat pada antarmuka pencarian itu.

Menariknya lagi, hal tersebut bukanlah satu-satunya hal yang bisa ditemukan dalam properti internet web luas Google. Teknisi Google secara mengejutkan berkomitmen memasukkan hal-hal mengejutkan pada mesin pencari itu.

Untuk melihat semua hal aneh yang bisa dijumpai di Google, berikut rangkuman hal-hal aneh terkeren yang bisa ditemukan di dalam Google Search. Apa saja...?

Do A Barrel Roll
Ingin merasakan seperti apa rasanya terbang dengan jet tempur sembari mencari sesuatu di internet? Ketik ‘do a barrel roll’ pada bar pencarian Google dan saksikan seluruh laman akan berjumpalitan.

What Is The Loneliest Number?
Jangan takut menanyakan pertanyaan sulit pada Google. Ketik query ‘What is the loneliest number’ dan Google akan menjawab ‘1’. Kalkulator akan memberi jawaban sama saat Anda mengetik query ‘the answer to life, the universe, and everything’ dan ‘the number of horns on a unicorn’.

Askew
Saat mengetik query ini, Google akan mejadi sedikit mabuk.

Google Gravity
Lelah dengan Google yang tak memiliki berat? Masuk ke Google Earth dan masuki ‘Google gravity’ dan klik ‘I’m feeling lucky’. Saat bar pencarian, tombol dan logo jatuh ke bawah laman, Anda bisa melempar-lemparkannya di sekitar laman cukup dengan mengklik, drag dan melepasnya.

Recursion
Anda tahu saat masuk kamar mandi dengan banyak cermin dan saat berbalik, melihat pantulan diri seolah tak terbatas? Ini disebut recursion. Menurut Merriam-Webster, kata ini berarti ‘prosedur yang bisa diulang-ulang’. Pada Google, saat Anda mencari kata ini, Anda akan dibawa kembali dan kembali ke laman baru di mana hal ini seolah tak ada hentinya.

Where Is Chuck Norris?
Google akan memberi Anda laman kosong saat Anda mengklik “I’m Feeling Lucky” untuk mencari query tersebut. Pengguna akan diarahkan pada laman www.NoChuckNorris.com yang menampilkan teks dengan tulisan ‘Google tak akan mencarikan Chuck Norris karena Google tahu Anda tak mencari Chuck Norris, ia yang mencari Anda’. Laman ini juga memberi pengguna pilihan untuk mencari ‘laman dari jenggot Chuck’.

Once In A Blue Moon
Google Calculator juga mengembalikan pertanyaan sulit Anda. Ketik query ‘baker’s dozen’ dan kalkulator Google akan mengembalikannya dengan ‘13’. Mencari ‘once in a blue moon’ akan memberi Anda sejumlah angka komik kecil.


Sumber Artikel: didunia.net

Sunday, January 13, 2013

Pengguna komputer diminta tutup program Java

Jabatan Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS) menasihati orang ramai agar menutup sementara perisian Java dalam komputer mereka bagi mengelakkan risiko serangan penggodam.

Saranan itu dibuat dalam satu pekeliling pada Khamis lalu susulan kebimbangan yang ditimbulkan oleh pakar-pakar keselamatan komputer.

Mereka percaya penggodam-penggodam telah menemui kelemahan dalam kod perisian Java yang boleh digunakan untuk melakukan aktiviti jenayah dan penipuan siber.

Java digunakan secara meluas sebagai bahasa teknikal yang membolehkan pengatur cara menulis pelbagai jenis aplikasi internet dan program perisian lain yang boleh digunakan dalam hampir semua sistem pengoperasian komputer.

Firma Oracle Corp memiliki Java apabila membeli syarikat yang menghasilkan perisian itu, Sun Microsystems pada harga AS$7.3 bilion pada 2010. - AP

Saturday, November 17, 2012

SuperComputer terpantas di dunia

Superkomputer memang hanya ada sedikit saja di dunia ini, namun superkomputer manakah yang tercepat? 

Superkomputer Cray yang dimiliki oleh Oak Ridge National Laboratory, pemerintah AS, disebut sebagai salah satu superkomputer tercepat, yang mampu mengalahkan superkomputer IBM di pusat penelitian yang lain.

Peringkat tersebut dikeluarkan oleh para peneliti di AS dan Jerman. Para peneliti menemukan bahwa sistem superkomputer Titan Cray XK7 yang dipasang di Oak Ridge, Tennesse, kecepatannya mencapai 17,59 petaflop, atau setara dengan 1,000,000,000,000,000 kalkulasi per detik.

Titan, yang mendapat pendanaan dari US Department of Energy, digunakan untuk penelitian energi, perubahan iklim, efisiensi mesin, dan penelitian sains lainnya.

Titan berhasil mengalahkan superkomputer IBM Sequoia di Lawrance Livermore National Laboratory di California, yang kecepatannya hanya bisa mencapai 16,32 petaflop.

Source: IndiaTimes

Monday, November 5, 2012

Kemas kini blog melalui telefon pintar

BAGI seorang blogger, idea sememangnya sangat penting untuk mendapatkan bahan yang menarik untuk ditulis dalam blog.

Jangan benarkan idea yang menarik itu terlepas begitu sahaja tanpa dikongsi bersama pembaca dan pengikut setia di blog kamu.

Aplikasi yang ditampilkan oleh .com minggu ini mungkin dapat membantu kamu dalam menyelesaikan masalah itu agar kamu dapat mengemas kini blog di mana sahaja.

Cukup dengan hanya menggunakan telefon, kamu boleh mengemas kini blog melalui perisian Blogger oleh Google Inc. yang terdapat di dalam telefon pintar Android dan juga iPhone.
Caranya sangat mudah, setelah memuat turun aplikasi melalui Play Store (Android) atau App Store (iPhone) kamu kini boleh mengemas kini blog di mana sahaja kamu berada.

Paparannya sangat ringkas dan mudah digunakan ditambah pula jika kamu mempunyai banyak blog dalam satu akaun kamu boleh memilih untuk mengemas kini blog yang kamu suka.
Jika kamu belum lagi mahu menyiarkan entri tersebut, kamu boleh menyimpan idea yang sudah kamu tulis dalam draf.

Jadi apa tunggu lagi blogger di luar sana, bolehlah mencuba aplikasi ini bagi memastikan semua idea dan catatan blog kamu sentiasa dikemas kini walaupun ketika dalam perjalanan jauh.
Selamat mencuba.

artikel dari :-   © Utusan Melayu (M) Bhd

Keselamatan siber


BERTEMAKAN Cyber Security Risk & Compliance for Economic Transformation, satu persidangan berkaitan keselamatan siber akan dianjurkan oleh CyberSecurity Malaysia bulan depan.

Objektif penganjuran Anugerah Keselamatan Siber, Pameran dan Persidangan 2012 (CSM-ACE 2012) tersebut adalah untuk menyediakan platform khas kepada kerajaan dan agensi yang terlibat dengan usaha menjaga keselamatan siber untuk mendapatkan maklumat berkenaan isu berkenaan.

Monday, September 10, 2012

8 Blog Yang Berpendapatan Jutaan Dollar


Mahukan pendapatan bulanan sehingga berjuta-juta dollar? Apa yang anda perlukan hanya sebuah komputer dan internet saja!Itulah yang berlaku pada zaman moden ini, dengan hanya duduk di rumah atau melepak di kedai kopi, anda boleh dapat pendapatan lumayan. Masih tidak bercaya? Di sini disenaraikan 8 blog yang telah menghasilkan pendapatan lumayan kepada pemiliknya.

1. BoingBoing

Pemilik : Mark Frauenfelder
Didirikan : January 2000
Penghasilan : 1 Milllion setahun
Topik : Komik, Fiksyen, Ilmiah, Komputer, dan Teknologi
Trafik : 22 juta paparan halaman dan 2.6 juta pengunjung unik
Kemaskini : 20-40 post sehari dengan 4 penulis bayaran
Sumber penghasilan : Iklan dengan Harga US $ 350 seminggu (butang kecil), iklan banner $ 2000 – $ 3000 untuk minimum 170,000 impresion

Monday, August 13, 2012

Bandaraya Murmansk Berbuka disiang hari

                                                       Kota Murmansk disinari cahaya matahari 24 jam sepanjang Ramadan

Buat pertama kalinya dalam masa beberapa puluh tahun, Ramadan tahun ini berlangsung ketika musim panas yang dianggap paling sukar hingga ada tempat penduduk Islam hanya berbuka selepas 20 jam.
Selain musim panas kali ini disifatkan sebagai paling panas, ia juga menyebabkan tempoh berpuasa lebih panjang setiap hari.

Di bandaraya pelabuhan barat laut Russia, Murmansk, penduduk Islam di sana berpuasa dan berbuka pada waktu siang sepanjang Ramadan.

Murmansk ketika ini disinari cahaya matahari selama 24 jam, bermakna tidak ada waktu yang jelas bagi penduduk Islam di negara itu untuk mula berpuasa dan berbuka.

Imam Besar Dubai, Dr Ali Mashael berkata, penduduk di wilayah berkenaan perlu berpuasa mengikut waktu yang sama dengan negara paling hampir kepada mereka yang mempunyai waktu siang dan malam yang jelas.

Ikut negara paling hampir

Beliau menjelaskan bahawa dalam situasi seperti ini penduduk kawasan terbabit perlu mengikut waktu Imsak, Subuh dan Maghrib di negara yang paling hampir kepada mereka sebagai sumber rujukan.

Di bahagian lain di dunia turut menyaksikan umat Islam berpuasa 20 jam sehari terutama mereka yang tinggal di Reykjavik, Iceland. Sama dengan ibu negara Denmark, Copenhagen di mana penduduk Islam yang menjadi masyarakat minoriti berpuasa selama lebih 19 jam.

Di bandaraya berjiran Scandinavia, Helsinki, Finland tempoh berpuasa di sana juga hampir 19 jam manakala Holland dan London masing-masing adalah 18 dan 17 jam.

Dr Mashael berkata, walaupun puasa selama 17 hingga 20 jam disifatkan sebagai terlalu lama tetapi umat Islam tiada pilihan selain mengikut waktu matahari terbit dan terbenam di tempat masing-masing untuk berbuka atau bersahur.

Pendapat cara berbuka

Katanya perkara itu dijelaskan dalam Firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 187 yang bermaksud: “Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga maghrib.”

Bagi negara atau bandaraya di mana waktu siang atau malam mereka adalah 24 jam, Dr Mashael berkata, ada dua pendapat mengenainya. Pertama seperti yang diterangkan dalam ayat suci itu manakala kedua mengikut waktu berpuasa Tanah Suci Makkah dan Madinah.

Ia berbeza dengan penduduk di Buenos Aires, Sydney dan Cape Town yang paling pendek tempoh berpuasa iaitu 12 jam manakala di Comodoro Rivadavi, Argentina, tempoh berpuasa adalah 11 jam. - Agensi