Monday, November 5, 2012

Keselamatan siber


BERTEMAKAN Cyber Security Risk & Compliance for Economic Transformation, satu persidangan berkaitan keselamatan siber akan dianjurkan oleh CyberSecurity Malaysia bulan depan.

Objektif penganjuran Anugerah Keselamatan Siber, Pameran dan Persidangan 2012 (CSM-ACE 2012) tersebut adalah untuk menyediakan platform khas kepada kerajaan dan agensi yang terlibat dengan usaha menjaga keselamatan siber untuk mendapatkan maklumat berkenaan isu berkenaan.

Monday, September 10, 2012

8 Blog Yang Berpendapatan Jutaan Dollar


Mahukan pendapatan bulanan sehingga berjuta-juta dollar? Apa yang anda perlukan hanya sebuah komputer dan internet saja!Itulah yang berlaku pada zaman moden ini, dengan hanya duduk di rumah atau melepak di kedai kopi, anda boleh dapat pendapatan lumayan. Masih tidak bercaya? Di sini disenaraikan 8 blog yang telah menghasilkan pendapatan lumayan kepada pemiliknya.

1. BoingBoing

Pemilik : Mark Frauenfelder
Didirikan : January 2000
Penghasilan : 1 Milllion setahun
Topik : Komik, Fiksyen, Ilmiah, Komputer, dan Teknologi
Trafik : 22 juta paparan halaman dan 2.6 juta pengunjung unik
Kemaskini : 20-40 post sehari dengan 4 penulis bayaran
Sumber penghasilan : Iklan dengan Harga US $ 350 seminggu (butang kecil), iklan banner $ 2000 – $ 3000 untuk minimum 170,000 impresion

Monday, August 13, 2012

Bandaraya Murmansk Berbuka disiang hari

                                                       Kota Murmansk disinari cahaya matahari 24 jam sepanjang Ramadan

Buat pertama kalinya dalam masa beberapa puluh tahun, Ramadan tahun ini berlangsung ketika musim panas yang dianggap paling sukar hingga ada tempat penduduk Islam hanya berbuka selepas 20 jam.
Selain musim panas kali ini disifatkan sebagai paling panas, ia juga menyebabkan tempoh berpuasa lebih panjang setiap hari.

Di bandaraya pelabuhan barat laut Russia, Murmansk, penduduk Islam di sana berpuasa dan berbuka pada waktu siang sepanjang Ramadan.

Murmansk ketika ini disinari cahaya matahari selama 24 jam, bermakna tidak ada waktu yang jelas bagi penduduk Islam di negara itu untuk mula berpuasa dan berbuka.

Imam Besar Dubai, Dr Ali Mashael berkata, penduduk di wilayah berkenaan perlu berpuasa mengikut waktu yang sama dengan negara paling hampir kepada mereka yang mempunyai waktu siang dan malam yang jelas.

Ikut negara paling hampir

Beliau menjelaskan bahawa dalam situasi seperti ini penduduk kawasan terbabit perlu mengikut waktu Imsak, Subuh dan Maghrib di negara yang paling hampir kepada mereka sebagai sumber rujukan.

Di bahagian lain di dunia turut menyaksikan umat Islam berpuasa 20 jam sehari terutama mereka yang tinggal di Reykjavik, Iceland. Sama dengan ibu negara Denmark, Copenhagen di mana penduduk Islam yang menjadi masyarakat minoriti berpuasa selama lebih 19 jam.

Di bandaraya berjiran Scandinavia, Helsinki, Finland tempoh berpuasa di sana juga hampir 19 jam manakala Holland dan London masing-masing adalah 18 dan 17 jam.

Dr Mashael berkata, walaupun puasa selama 17 hingga 20 jam disifatkan sebagai terlalu lama tetapi umat Islam tiada pilihan selain mengikut waktu matahari terbit dan terbenam di tempat masing-masing untuk berbuka atau bersahur.

Pendapat cara berbuka

Katanya perkara itu dijelaskan dalam Firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 187 yang bermaksud: “Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga maghrib.”

Bagi negara atau bandaraya di mana waktu siang atau malam mereka adalah 24 jam, Dr Mashael berkata, ada dua pendapat mengenainya. Pertama seperti yang diterangkan dalam ayat suci itu manakala kedua mengikut waktu berpuasa Tanah Suci Makkah dan Madinah.

Ia berbeza dengan penduduk di Buenos Aires, Sydney dan Cape Town yang paling pendek tempoh berpuasa iaitu 12 jam manakala di Comodoro Rivadavi, Argentina, tempoh berpuasa adalah 11 jam. - Agensi

Larangan Pelik di Seluruh Dunia

1. THAILAND
Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.
2. SWISS
Dilarang berkebun di hari minggu.

3. SWEDEN
Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

4. KOREA SELATAN
Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.

5. SINGAPURA
Dilarang berjalan (bogel). Tidak flush jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

6. UNITED KINGDOM
Dilarang menjual sayuran di hari minggu. Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

7. MEXICO
Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja. Dilarang memaki di tempat umum.

8. AUSTRALIA
Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama. Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.

9. GREECE
Dilarang mengenakan topi di stadium, kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

10. KANADA
Dilarang menampal pelekat luka di tempat umum. Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan. Dilarang memanjat pokok.

11. PERANCIS
Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

12. ISRAEL
Dilarang memelihara babi di Israel. Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

13. AMERIKA (ARIZONA)
Dilarang memandu tanpa kasut. Dilarang bermain domino di hari Minggu. Dilarang memakai kumis palsu di gereja. Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api. Dilarang memandu dengan mata tertutup.

14. ALASKA
Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur. Dilarang memberi minum bir pada rusa. Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

15. ARKANSAS
Suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan. Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub. Wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara. Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

16. CALIFORNIA
Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

17. COLORADO
Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.

18. CONNECTICUT
Dilarang mencium istrinya di hari Minggu.

19. FLORIDA
Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang. Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6. Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

20. WASHINGTON
Dilarang menyusui anak di tempat awam.

21. MALAYSIA
Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang.

Sunday, June 24, 2012

Sejarah pertukaran waktu Di Malaysia


Di Semenanjung Malaysia:
  • Sebelum 1880 mengikut waktu min tempatan Kuala Lumpur, 6j 46m 48s lebih cepat dari GMT. Selepas itu, 6j 55m 24s (mengikut waktu Singapore).
  • Selepas 31 Mei 1905  dipiawaikan oleh British ke +7:00 GMT (Waktu Malaya).
  • Selepas31 Disember 1932 , dipercepatkan 20 minit untuk memanjangkan waktu siang.
  • Bermula 1 September 1941 , dipercepatkan lagi 10 minit menjadi +7:30 GMT.
  • Bermula 16 Februari 1942, dipercepatkan dua jam mengikut waktu Tokyo, disebabkan pendudukan Jepun di Tanah Melayu
  • Bermula 13 September 1945,  diselaraskan semula sama seperti 1941.
  • Bermula 1 Januari 1982, dipercepatkan 30 minit untuk diseragamkan dengan waktu Sabah dan Sarawal dan kemudian dipanggil 'Waktu Piawai Malaysia'.

Thursday, May 17, 2012

Jualan telefon merosot, Samsung atasi Nokia

SAN FRANCISCO: Jualan telefon mudah alih di seluruh dunia mengalami kemerosotan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini berikutan permintaan lemah di pasaran Asia, menurut laporan pemerhati industri, Gartner.

Sejumlah 419.1 juta telefon mudah alih dibeli di seluruh dunia dalam suku pertama tahun ini, iaitu kemerosotan dua peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
 Menurut Gartner, ia adalah kemerosotan pertama sejal awal 2009.
Gergasi Korea Selatan, Samsung menjadi pembekal utama telefon mudah alih dalam tempoh itu, mengatasi Nokia dari Finland yang mendahului sejak 1998.

Samsung menjual 86.6 juta telefon mudah alih iaitu peningkatan 25.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Samsung juga merampas semula kedudukan nombor satu dalam pasaran telefon pintar daripada pembuat iPhone, Apple, dengan menjual 38 juta telefon pintar dalam suku pertama tahun ini daripada keseluruhan 144.4 juta.

Telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android keluaran Google mencakupi 56 peratus pasaran dunia atau 81.07 juta telefon pintar disusuli iOS sebanyak 22.9 peratus atau 33.12 juta unit. - AFP

Friday, May 11, 2012

Penyakit baru - Fobia tanpa telefon [Nomophobia]



Masyarakat zaman moden kini berdepan dengan sejenis penyakit baru yang dikenali sebagai nomophobia atau fobia tanpa telefon.

Dianggarkan lebih 66 peratus daripada penduduk Britain kini memilih untuk 'bersama' dengan telefon sepanjang masa dan tidak boleh berpisah dengan alat telekomuniskasi itu walaupun sekejap.

Antara tanda-tanda seseorang itu berdepan dengan masalah nomophobia adalah tidak boleh mematikan telefon, sentiasa memeriksa panggilan tidak dijawab, mesej pesanan ringkas (SMS) dan e-mel.

Mereka yang menghadapi masalah itu juga dikatakan kerap mengecas bateri dan tidak boleh meninggalkan telefon mereka walaupun untuk ke tandas.

Dalam tinjauan terbaru yang dijalankan oleh SecurEnvoy ke atas 1,000 responden di United Kingdom, sebanyak 66 peratus daripada penduduk negara ini menghadapai masalah tersebut.

Golongan muda berumur antara 18 hingga 24 tahun adalah kelompok yang paling ramai mengalami masalah itu apabila 77 peratus daripada mereka tidak boleh berpisah dengan telefon walaupun untuk beberapa minit.

Mereka yang berumur antara 25 hingga 34 tahun pula adalah golongan kedua tertinggi yang menghadapai masalah fobia tanpa telefon dengan jumlah 68 peratus.

Kajian itu turut mendedahkan purata orang Britain akan memeriksa telefon mereka 34 kali sehari dan 75 peratus pula menggunakan telefon di dalam tandas.

Pengasas bersama SecurEnvoy, Andy Kemshall berkata, kajian pertama mengenai nomophobia dilakukan empat tahun lalu dan didapati sebanyak 53 peratus daripada penduduk Britain menghadapi masalah itu. - AGENSI