Sunday, June 24, 2012

Sejarah pertukaran waktu Di Malaysia


Di Semenanjung Malaysia:
  • Sebelum 1880 mengikut waktu min tempatan Kuala Lumpur, 6j 46m 48s lebih cepat dari GMT. Selepas itu, 6j 55m 24s (mengikut waktu Singapore).
  • Selepas 31 Mei 1905  dipiawaikan oleh British ke +7:00 GMT (Waktu Malaya).
  • Selepas31 Disember 1932 , dipercepatkan 20 minit untuk memanjangkan waktu siang.
  • Bermula 1 September 1941 , dipercepatkan lagi 10 minit menjadi +7:30 GMT.
  • Bermula 16 Februari 1942, dipercepatkan dua jam mengikut waktu Tokyo, disebabkan pendudukan Jepun di Tanah Melayu
  • Bermula 13 September 1945,  diselaraskan semula sama seperti 1941.
  • Bermula 1 Januari 1982, dipercepatkan 30 minit untuk diseragamkan dengan waktu Sabah dan Sarawal dan kemudian dipanggil 'Waktu Piawai Malaysia'.

Thursday, May 17, 2012

Jualan telefon merosot, Samsung atasi Nokia

SAN FRANCISCO: Jualan telefon mudah alih di seluruh dunia mengalami kemerosotan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini berikutan permintaan lemah di pasaran Asia, menurut laporan pemerhati industri, Gartner.

Sejumlah 419.1 juta telefon mudah alih dibeli di seluruh dunia dalam suku pertama tahun ini, iaitu kemerosotan dua peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
 Menurut Gartner, ia adalah kemerosotan pertama sejal awal 2009.
Gergasi Korea Selatan, Samsung menjadi pembekal utama telefon mudah alih dalam tempoh itu, mengatasi Nokia dari Finland yang mendahului sejak 1998.

Samsung menjual 86.6 juta telefon mudah alih iaitu peningkatan 25.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Samsung juga merampas semula kedudukan nombor satu dalam pasaran telefon pintar daripada pembuat iPhone, Apple, dengan menjual 38 juta telefon pintar dalam suku pertama tahun ini daripada keseluruhan 144.4 juta.

Telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android keluaran Google mencakupi 56 peratus pasaran dunia atau 81.07 juta telefon pintar disusuli iOS sebanyak 22.9 peratus atau 33.12 juta unit. - AFP

Friday, May 11, 2012

Penyakit baru - Fobia tanpa telefon [Nomophobia]



Masyarakat zaman moden kini berdepan dengan sejenis penyakit baru yang dikenali sebagai nomophobia atau fobia tanpa telefon.

Dianggarkan lebih 66 peratus daripada penduduk Britain kini memilih untuk 'bersama' dengan telefon sepanjang masa dan tidak boleh berpisah dengan alat telekomuniskasi itu walaupun sekejap.

Antara tanda-tanda seseorang itu berdepan dengan masalah nomophobia adalah tidak boleh mematikan telefon, sentiasa memeriksa panggilan tidak dijawab, mesej pesanan ringkas (SMS) dan e-mel.

Mereka yang menghadapi masalah itu juga dikatakan kerap mengecas bateri dan tidak boleh meninggalkan telefon mereka walaupun untuk ke tandas.

Dalam tinjauan terbaru yang dijalankan oleh SecurEnvoy ke atas 1,000 responden di United Kingdom, sebanyak 66 peratus daripada penduduk negara ini menghadapai masalah tersebut.

Golongan muda berumur antara 18 hingga 24 tahun adalah kelompok yang paling ramai mengalami masalah itu apabila 77 peratus daripada mereka tidak boleh berpisah dengan telefon walaupun untuk beberapa minit.

Mereka yang berumur antara 25 hingga 34 tahun pula adalah golongan kedua tertinggi yang menghadapai masalah fobia tanpa telefon dengan jumlah 68 peratus.

Kajian itu turut mendedahkan purata orang Britain akan memeriksa telefon mereka 34 kali sehari dan 75 peratus pula menggunakan telefon di dalam tandas.

Pengasas bersama SecurEnvoy, Andy Kemshall berkata, kajian pertama mengenai nomophobia dilakukan empat tahun lalu dan didapati sebanyak 53 peratus daripada penduduk Britain menghadapi masalah itu. - AGENSI

Monday, March 19, 2012

Pemilik MegaUpload tuntud Semula Asetnya





WELLINGTON 19 Mac - Satu ``kesilapan prosedur’’ oleh polis New Zealand bermakna jutawan Internet, Kim Dotcom boleh menuntut semula asetnya yang dirampas selepas Amerika Syarikat (AS) menutup laman perkongsian Megaupload miliknya atas dakwaan cetak rompak Internet, lapor New Zealand Herald semalam.

Akhbar itu dipetik berkata, polis New Zealand meminta mahkamah untuk "perintah yang tidak betul" di mana ia tidak memberi jutawan Internet kelahiran Jerman berkenaan, peluang untuk membela diri terhadap serbuan pada Januari lalu di rumah agam beliau di utara Auckland, di mana kereta-kereta mewah dan wang tunai dirampas.

Hakim, Judith Potter pada Jumaat telah membuat keputusan bahawa perintah tahanan itu adalah ``tidak sah dan terbatal’’ dan ``tiada kesan undang-undang’’ kata akhbar itu yang menambah, hakim tidak lama lagi akan memutuskan, sama ada Dotcom akan mendapatkan balik aset miliknya itu. - DPA

kredit : Utusan.com.my

Saturday, March 17, 2012

Malaysia’s LARGEST Career Fair! [Mid Valley Exhibition Centre]

JobStreet.com
Date: 30 March - 1 April 2012
Venue: Mid Valley Exhibition Centre


Over 15,000 jobs available at Malaysia’s LARGEST Career Fair!


Thursday, March 1, 2012

Yahoo!! Ancam saman Facebook


SAN FRANCISCO 29 Feb. – Yahoo mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Facebook kerana melanggar hak patennya, strategi yang telah berjaya dilakukannya ke atas Google sejurus sebelum enjin carian itu disenaraikan di bursa saham pada 2004.
The New York Times melaporkan, Yahoo menuduh Facebook melanggar 10 hingga 20 hak patennya berhubung pengiklanan di dalam talian, bidang yang dipeloporinya sebelum ditenggelamkan oleh Facebook dan Google.
Yahoo menuntut Facebook membayar yuran lesen atau berdepan tindakan undang-undang.
Ancaman itu dibuat beberapa minggu sebelum Facebook dijangka disenaraikan di bursa saham, sesuatu diramalkan menjadi penyenaraian syarikat teknologi terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat dengan nilai syarikat antara AS$75 bilion (RM225 bilion) dan AS$100 juta (RM300 juta).