Friday, August 27, 2010

MOTHERBOARD

FUNGSI MOTHERBOARD

Pusat pengendali yang mengatur kerja dari semua komponen yang terpasang padanya.
Mengatur pemberian daya listrik pada setiap komponen PC.
Lalu lintas data semuanya diatur oleh motherboard, mulai dari peranti peyimpanan (harddisk, CD-ROM), peranti masukan data (keyboard, mouse, scanner), atau printer untuk mencetak.

Perkembangan Motherboard

Pada akhir tahun 1980-an dan selama dekade 1990-an, pasar prosesor untuk PC didominasi oleh Intel. Ada beberapa perusahaan prosesor untuk PC, tetapi pengaruh mereka kalah jauh dibanding Intel. Lagi pula rata-rata prosesor buatan mereka masih mengambil desain x86 buatan Intel juga.
Mulai akhir tahun 90-an dan awal tahun 2000, kondisi tersebut berubah. Pasar prosesor tidak lagi terlalu tergantung pada Intel, karena pesaing mereka, AMD, mengeluarkan prosesor K6-2 dan Athlon yang ternyata mampu bersaing dengan prosesor buatan Intel.
Dan di tahun itu pula sebuah industri penghasil chipset asal Taiwan, VIA Technologies, juga telah mampu membuat chipset yang berkualitas dan berharga murah. Para produsen motherboard tidak lagi tergantung pada Intel untuk merancang dan membuat motherboard mereka, sehingga perkembangan teknologi dan desain motherboard mengalami peningkatan yang sangat pesat.
Selain itu, demam overclocking juga turut menyumbangkan peranan dalam perkembangan dunia motherboard. Para produsen motherboard berlomba-lomba mengeluarkan motherboard yang dirancang mampu memberikan tingkat overclock yang tinggi, tapi tetap mampu menjaga kestabilan sistem. Pokoknya, kalau ada motherboard yang tidak bisa digunakan untuk meng-overclock prosesor dan memori, maka hampir dapat dipastikan motherboard tersebut kurang laku di pasaran.

Berikut ini daftar produsen Motherboard :
ASUS
ABIT
ECS
GIGABYTE
MSI

ISTILAH-ISTILAH PADA MOTHERBOARD

1. BIOS

Singkatan dari Basic Input/Output System. Merupakan kumpulan informasi motherboard dan juga merupakan software berisi perintah-perintah dasar. Fungsi utamanya adalah sebagai sarana komunikasi antara sistem operasi dengan hardware yang terpasang pada motherboard.

2. Bus

Istilah yang menyatakan sistem aliran data yang digunakan hardware yang terpasang pada motherboard untuk berkomunikasi dengan prosesor. Satuan yang digunakan biasanya adalah frekuensi (Hertz) atau lebar bit data.

3. Clock Speed

Istilah ini digunakan untuk menyatakan kecepatan dari sebuah prosesor atau komponen lainnya. Angka clock speed didapat dari perkalian multiplier terhadap FSB. Semakin tinggi clock speed, maka semakin tinggi kinerja yang dihasilkan oleh prosesor atau komponen hardware tersebut. Satuan yang digunakan biasanya adalah megahertz (MHz) atau gigahertz (GHz). Biasanya disebut juga sebagai kecepatan eksternal dari sebuah prosesor.

4. FSB

Singkatan dari Front Side Bus, yaitu bus utama yang menghubungkan antara prosesor dengan chipset motherboard. Satuan yang digunakan adalah megahertz (MHz).

5. Heatsink

Komponen yang diletakkan di atas prosesor. Fungsinya adalah menyerap panas yang dihasilkan saat prosesor bekerja. Biasanya sebuah heatsink dilengkapi sebuah kipas untuk menjaga agar suhu prosesor tetap stabil.

6. Overclocking

Suatu teknik yang dilakukan untuk meningkatkan kinerja prosesor, memori, atau kartu grafis, dengan cara meningkatkan FSB atau clock speed komponen tersebut. Teknik ini memerlukan sebuah system pendingin khusus pada komponen, karena menghasilkan panas berlebih, di mana panas berlebih ini dapat merusak sistem. PC

Istilah MOTHERBOARD

Chipset
Potongan kecil silikon yang digunakan untuk menyimpan informasi dan instruksi komputer. Setiap komponen komputer memiliki paling tidak sebuah chip di dalamnya. Chipset pada motherboard mengontrol masukan dan keluaran yang mendasar dari komputer. Chipset pada video card mengontrol rendering dari grafik 3D dan output dari gambar pada monitor Anda. CPU salah satu contoh chip yang sangat penting.

Controller
Bertugas mengatur operasi dari peralatan yang ada di bawah pengaturan motherboard. Bentuk fisik berupa sebuah chip dengan ukuran beragam, tergantung pada fungsi dan fasilitas yang dimilikinya.

Integrated Graphic Controller
Biasa disebut IGP (Integrated Graphic Port) oleh sebagian chip manufaktur. Adalah chip grafis yang terintegrasi di dalam chipset motherboard dan memiliki fungsi yang sama seperti halnya video card. Bedanya, kebanyakan IGP tidak memiliki memori yang khusus untuk dirinya, dan mengambil langsung dari memory komputer utama. Walau pada sebagian produsen juga mengimplementasikan chip memori khusus untik IGP ini.

MicroATX
Salah satu istilah yang digunakan untuk jenis dimensi yang diakomodasikan oleh motherboard, atau juga casing untuk menempatkan motherboard tersebut.

Northbridge
Salah satu dari dua chip pada chipset yang menghubungkan processor ke memory system dan bus AGP dan PCI. Chip lainnya adalah shoutbridge.

PATA/ATA
Parallel Advanced Technology Attachment, yakni sebuah implementasi kamunikasi data secara paralel dari disk drive dengan controller berbasis IDE, dengan lebar data sebesar 8-bit.

SATA (Serial ATA)
Suatu evolusi dari paralel ATA pada interface penyimpanan data yang menggunakan komunikasi serial melalui single kabel, dan terhubung secara point-to-point sehingga mencapai kecepatan transfer hingga 150 Mbps.

Slot
Tempat untuk menaruh perangkat tambahan peripheral pada motherboard. Misalnya slot AGP untuk video card, slot ISA, slot DIMM untuk memory module, dan seterusnya. Perkembangan slot juga terjadi, seperti PCI Express.

Socket
Hampir sama dengan slot, hanya saja biasa berupa dudukan processor, berupa hamparan matriks dua dimensi. Masing-masing produsen dan jenis processor memiliki jumlah pin yang berbeda. (PCMedia 02/2009)


Senarai name Komponen [Motherboard]

Sunday, August 22, 2010

Tip Keselamatan ICT




  • Rahsiakan kata Laluan gunakan kata laluan yang kukuh melalui gabungan nombor, huruf, tanda dan simbol (contoh : P4s$wOrd untuk password)

  • Salin Maklumat Penting Buat salinan dengan kerap dan simpan di tempat yang selamat (backup regularly)

  • Gunakan perisian anti-virus yang sah Kemas kini perisian anti-virus

  • Encrypt maklumat terperingkat

  • Berwaspada apabila memuat turun program atau fail dari Internet

  • Jangan buka e-mel dari penghantar yang tidak dikenali

  • Jangan biarkan kompute anda berada atas talian jika tidak digunakan

  • Log off komputer anda sebelum keluar pejabat

Sumber dari Bahagain Keselamatan ICT Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Waspada Perisian Antivirus Tiruan

Kali ini saya akan membawa pembaca sekalian kepada satu isu yang saya kira ramai yang telah sedia maklum tapi kurang mengambil perhatian iaitu kewujudan perisian2 palsu di internet terutamanya perisian antivirus. Pernahkah semasa anda melayari internet tiba – tiba muncul pop-up windows yang menyatakan PC anda sudah terkena virus dan harus di scan pada masa itu juga? Ini adalah salah satu tanda – tanda wujudnya antivirus palsu.

Di dalam dunia Virus – Antivirus (security), program seperti ini termasuk dalam kategori Rogue Security Program, iaitu perisian yang menyamar sebagai antivirus yang telah menjumpai virus di komputer anda dan memaksa anda untuk membeli perisian tersebut dengan cara penipuan. Kepada pengguna yang tertipu anda mungkin bukan sahaja kehilangan wang tetapi komputer anda mungkin akan diinstall virus , trojan, spyware dan sebagainya. Di bawah ialah contoh antivirus palsu yang sering dijumpai :


Antivirus 2009
Spyware Protect 2009
WinDefender 2008

Sebenarnya terdapat banyak lagi perisian antivirus palsu di internet. Jadi sebagai langkah untuk melindungi komputer anda daripada kesan negatif perisian tersebut amalkan perkara – perkara berikut :

1) JANGAN MUDAH PERCAYA : Jangan mudah percaya dengan apa yang anda jumpai di internet. Pengodam akan menggunakan pelbagai helah halus untuk menghantar virus bagi mencuri maklumat atau merosakkan komputer pengguna. Minta pendapat pakar IT sekiranya anda berasa ragu – ragu dengan apa yang anda jumpai.

2) PASTIKAN KOMPUTER ANDA DILINDUNGI : Pastikan antivirus komputer anda sentiasa dikemaskini sentiasa. Pastikan juga antivirus komputer anda dapat berfungsi dengan baik. Ini adalah untuk membolehkan antivirus dapat mengesan kehadiran sebarang aktiviti yang mencurigakan.

3) JANGAN MUDAH MEMBERIKAN MAKLUMAT PERIBADI : Perisian seperti ini kadangkala meminta kita untuk memberikan maklumat peribadi sebagai pendaftaran untuk menggunakan perisian palsu tersebut. Jangan mudah memberikan maklumat peribadi anda , ini kerana maklumat tersebut mungkin akan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kesan sekiranya anda tidak berwaspada :

1) KOMPUTER AKAN DIMASUKI VIRUS : Mungkin adakalanya kita tidak sedar mengenai kesan sekiranya kita tidak berhati – hati akan antivirus palsu ini. Jika kita mengikuti kehendak perisian palsu tersebut dengan menekan butang ”OK” yang kita lihat diskrin mungkin perisian tersebut sedang mengimbas komputer kita namun disebaliknya ia sedang memasukkan sejumlah Trojan ke dalam PC kita.

2) MAKLUMAT PERIBADI AKAN DIEKSPLOTASI : Bagi anda yang sewenang-wenangnya memberikan maklumat peribadi mungkin akan terdedah dengan risiko pengeksplotasian maklumat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Perkara ini adalah sangat serius dan maklumat peribadi kita mungkin boleh digunakan oleh pihak tertentu untuk melakukan jenayah.

3 ) KOMPUTER AKAN TERDEDAH KEPADA RISIKO KEROSAKAN : Virus yang telah memasuki komputer melalui cara penipuan ini akan menyebabkan komputer akan terdedah kepada risiko kerosakan.

Kesimpulan, setiap hari kita akan sentiasa menggunakan internet sebagai satu medium untuk kita menyelesaikan tugasan harian. Namun kita selaku pengguna bijak haruslah berwaspada dengan perkara – perkara yang ditawarkan di internet agar kita tidak mudah ditipu dan menyebabkan komputer kita terdedah kepada bahaya. Sekian moga bertemu lagi di masa akan datang.

Idea asal dari Norman Mohamad Noah
Sahizan Bin Mohd Sagi, PTM


***Sumber dari http://itinfo.uthm.edu.my

Alamat Internet (IP)

Seperti ramai yang ketahui IP ini penting kepada mana-mana komputer yang ingin dihubungkan di dalam rangkaian. Tanpa IP ianya tidak dapat dihubungkan kerana ianya merupakan identiti komputer itu untuk dihubungkan.
Jika anda ingin mengetahu bagaimana caranya untuk melihat IP ada beberapa kaedah mudah. Namun untuk kaedah yang ’standard’ bagi semua PC Windows. Ianya di jalankan dalam konsol ‘DOS’.
Pergi ke Start Menu dan ke Link Run
Kemudian taip ‘cmd’ atau ‘command’ atau winipcfg untuk Windows 98.


Apabila tetingkap DOS terpapar. Sila taip ‘ipconfig
Disitu anda bolehlah melihat nombor IP komputer anda.
Untuk menutup tetingkap DOS itu anda hanya tekan X pada penjuru kanan sekali.


*** Sumber dari http://itinfo.uthm.edu.my

Istilah IT

Ramai di antara kita yang masih keliru dengan istilah-istilah yang digunapakai dalam dunia siber hari ini. Berikut adalah definasi istilah-istilah yang sering kita dengar atau baca.

1.Spam
-Spam adalah satu cara di mana seseorang menghantar mel elektronik (email) dengan kuantiti yang terlalu banyak bertujuan untuk promosi dan pengiklanan kepada sesiapa sahaja yang menjadi mangsanya. Kebiasaannya, spammer memperolehi alamat email daripada blog, chat rooms, IRC, dan laman web.

2.Junk mail
-Junk mail adalah sejumlah besar mel elektronik yang tidak dikehendaki oleh penerima mel elektronik tersebut dan sering mendatangkan masalah apabila ia selalu memenuhi ‘mailbox’ penerimanya.

3.Shareware
-Shareware adalah perisian percubaan yang boleh dimuat turun secara percuma, tetapi hanya boleh digunakan dalam satu tempoh yang telah ditetapkan oleh pengeluarnya. Selepas tamat tempoh percubaan, pengguna boleh mempertimbangkan samada untuk membeli atau tidak perisian tersebut. Perisian percubaan ini adalah satu cara dimana pengguna dapat menilai sesuatu perisian itu sebelum membuat pembelian.

4.Freeware
-Freeware adalah perisian yang boleh dimuat turun atau diperolehi secara percuma dari internet. Walaupun perisian ini percuma, penciptanya masih memegang hak cipta dan ini bermakna ia tidak boleh dipinda atau dijual kepada mana-mana pihak. Penggunaan freeware adalah tidak terhad berbanding dengan shareware.


5.Open Source
-Perisian Open source adalah perisian percuma sama seperti freeware tetapi mempunyai sedikit perbezaan. Perisian Open Source membolehkan penggunanya melihat, mengubah ‘source code’ dan pengguna juga boleh mengedarkannya kepada sesiapa sahaja. Ini bermakna sesiapa sahaja boleh mendapatkan menggunakan source code perisian sumber terbuka ini untuk menghasilkan satu produk dengan hakciptanya sendiri.

6.Spyware
-Spyware adalah sejenis perisian yang mengumpul maklumat pengguna melalui internet tanpa pngetahuan pengguna tersebut, kebiasaannya untuk tujuan pengiklanan oleh pihak ketiga. Spyware selalunya terlindung dan ia hadir bersama-sama freeware atau shareware yang dimuat turun dari internet. Apabila ia dimuat turun, spyware akan mengawal aktiviti pengguna dan menghantar maklumat pengguna kepada pihak ketiga. Setelah itu ia akan menghantar seberapa banyak iklan ‘pop up’ tanpa pengguna mengetahui dari mana Ia datang. Spyware juga boleh mengumpul maklumat seperti kata laluan, alamat mel elektronik dan juga nombor kad kredit. Spyware juga dipanggil adware.

7.Virus
-Virus adalah sejenis aturcara yang berbahaya dan ia berupaya membuat seberapa banyak salinan dan juga berupaya menyebar atau merebak. Kebanyakan virus komputer ini bersifat pemusnah. Virus bertindak dengan menumpangkan dirinya pada program yang lain. Apabila program tersebut dilaksanakan, virus yang menumpang padanya akan turut diaktifkan dan ia boleh menjangkiti dan lebih teruk lagi ia boleh merosakkan file dalam komputer. Virus tidak mengganggu rangkaian komputer dan lebar jalur(bandwidth).

8.Worm
-Worm adalah sejenis aturcara yang boleh membuat banyak salinan dirinya sendiri sama seperti virus. Berbeza dengan virus, worm bertindak bersendirian tanpa memerlukan pergantungan kepada sebarang program dalam komputer. Worm menyebarkan dirinya melalui rangkaian komputer dan memenuhi lebar jalur(bandwidth) sehingga menyebabkan sistem rangkaian menjadi terlalu perlahan dan tidak efisien.


***sumber :-itinfo.uthm.edu.my

Tips penjagaan komputer riba

Penggunaan komputer riba atau lap top adalah trend masa kini. Mudah dibawa serta menampilkan gaya eksklusif. Biar pun telah lama digunakan dengan penjagaan yang sempurna ia seperti baru dibeli. Penjagaan komputer riba yang efektif memanjangkan jangka hayat penggunaannya. Ikutilah beberapa tip cara penjagaan komputer riba anda.

1. Bateri
Elakkan daripada penggunaan bateri.
Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adaptor.
Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci
Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD
Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
Gunakan screen saver.
Power management setkan pada 'Turn Off monitor in ... minutes'.
Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan 'Dead pixel'.

4. Haba Panas
Pastikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector
Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port
Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
Gunakan berus atau berus gigi lama.
Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.



Elakkan mengalih laptop ke sana-sini semasa dihidupkan bagi mengelakkan hard disk cepat 'kong'.

Tips pertama:- Ketika meninggalkan laptop dalam kereta cabut bateri laptop dan bawa laptop atau bateri bersama keluar drpd kereta kerana bateri laptop mengeluarkan gelombang yang boleh dikesan oleh alat pengesan khas. Banyak kes kecurian laptop di dalam kereta di mana hanya laptop yang hilang walau pun diletakkan di tempat yang tidak dapat dilihat dari luar. Jangan letakkan laptop berdekatan sumber kuasa elektrik yang besar.

Tips kedua:- jgn letak laptop di atas katil kerana menghalang pengaliran udara ke processor bg sesetengah laptop yg mempunyai pengudaraan di bawah

Komputer riba [NoteBook]


Komputer riba (dikenal juga dengan istilah notebook/powerbook) ialah komputer bimbit (kecil dan dapat dibawa ke mana-mana dengan mudah) yang terintegrasi dalam bentuk beg bimbit. Beratnya sekitar 1 hingga 6 kilogram bergantung pada ukuran, bahan dan spesifikasi. Sumber elektrik berasal dari bateri atau adaptor A/C yang dapat digunakan untuk mengecas bateri dan menghidupkan komputer itu sendiri. Bateri komputer riba pada umumnya dapat bertahan sekitar 1 hingga 6 jam bergantung pada cara pemakaian, spesifikasi dan ukuran bateri.

Sebagai komputer peribadi, komputer riba memiliki fungsi yang sama dengan komuter meja meskipun dengan kemampuan yang lebih rendah. Komponen yang terdapat di dalamnya adalah sama dengan yang terdapat pada komputer meja dengan ukuran yang diperkecil, lebih ringan, tidak panas dan jimat elektrik. Komputer riba kebanyakan menggunakan layar Lcd (Liquid Crystal Display) berukuran 10 inci hingga 17 inci bergantung dari ukuran laptop itu sendiri. Selain itu, paparan kekunci yang terdapat pada komputer riba juga dilengkapi dengan Pad sesentuh yang berfungsi sebagai penggerak kursor tertikus. Papan kekunci dan tetikus tambahan dapat dipasang melalui soket USB.

Berlainan dengan komputer meja (PC), komputer riba memiliki komponen-komponen pendukung yang dicorakkan secara khusus. Komponen tersebut dicorakkan untuk menyesuaikan dengan mudah alih komputer riba sendiri. Sifat utama yang dimiliki oleh komponen komputer riba adalah ukuran yang kecil, jimat kegunaan tenaga dan cekap. Oleh itu harganya lebih mahal tergantung pada jenama dan spesifikasi penggunaan.


*** Sumber dari Wikipedia




Monday, August 16, 2010

Sejarah Penemuan Television (TV)




Sebelum saya lebih jauh lagi menulis perkembangan dunia Television, maka alangkah baiknya jika blog ini juga saya isi dengan tulisan tentang sejarah penemuan dan inovasi televisi di dunia. Saya menyusun bahan ini dari berbagai sumber, termasuk Wikipedia.

Kata Television berasal dari kata tele dan vision; yang mempunyai arti masing-masing jauh (tele) dan tampak (vision). Jadi televisi berarti tampak atau dapat melihat dari jarak jauh. Penemuan televisi disejajarkan dengan penemuan roda, karena penemuan ini mampu mengubah peradaban dunia. Di Malaysia 'Television' secara tidak formal disebut dengan TV.

Dalam penemuan Television, terdapat banyak pihak, penemu maupun inovator yang terlibat, baik perorangan maupun perusahaan. Television adalah karya massal yang dikembangkan dari tahun ke tahun.

Awal dari televisi tentu tidak bisa dipisahkan dari penemuan dasar, yaitu hukum Gelombang Elektromagnetik yang ditemukan oleh Joseph Henry dan Michael Faraday (1831) yang merupakan awal dari era komunikasi elektronik.


1876 - George Carey menciptakan Selenium Camera yang digambarkan dapat membuat seseorang melihat gelombang listrik. Belakangan, Eugen Goldstein menyebut tembakan gelombang sinar dalam tabung hampa itu dinamakan sebagai Sinar Katoda.

1884 - Paul Nipkov, Ilmuwan Jerman, berhasil mengirim gambar elektronik menggunakan kepingan logam yang disebut Teleskop Elektrik dengan resolusi 18 garis.

1888 - Freidrich Reinitzeer, ahli botani Austria, menemukan cairan kristal (liquid crystals), yang kelak menjadi bahan baku pembuatan LCD. Namun LCD baru dikembangkan sebagai layar 60 tahun kemudian.

1897 - Tabung Sinar Katoda (CRT) pertama diciptakan oleh ilmuwan Jerman, Karl Ferdinand Braun. Ia membuat CRT dengan layar berpendar bila terkena sinar. Inilah yang menjadi cikal bakal televisi layar tabung.

1900 - Istilah Televisi pertama kali dikemukakan Constatin Perskyl dari Rusia pada acara International Congress of Electricity yang pertama dalam Pameran Teknologi Dunia di Paris.

1907 - Campbell Swinton dan Boris Rosing dalam percobaan terpisah menggunakan sinar katoda untuk mengirim gambar.

1927 - Philo T Farnsworth ilmuwan asal Utah, Amerika Serikat mengembangkan televisi modern pertama saat berusia 21 tahun. Gagasannya tentang image dissector tube menjadi dasar kerja televisi.

1923

- Vladimir Kozma Zworykin, mendaftarkan paten atas namanya untuk penemuannya, kinescope, televisi tabung pertama di dunia. Setahun kemudian, dia mendapat kewarganegaraan Amerika Serikat dan menyelesaikan studi doktornya di Universitas Pittsburgh. Vladimir lahir di Rusia, 30 Juli 1889. Dia menyempurnakan tabung katoda yang dinamakan kinescope. Temuannya mengembangkan teknologi yang dimiliki CRT. Dia bekerja di perusahaan elektronik RCA dan selama 1930 hingga 1940-an, perusahaan itu memanjakannya dengan menguras dana US$ 150 juta untuk produksi teknologi televisi. Keterbukaan Zworykin pada kritik, membuatnya menemukan penemuan baru lagi. Sebuah kamera tabung. Ini melengkapi teknologi televisi tabung penemuannya. Penemuan itu dinamakannya iconoscope, berasal dari bahasa Yunani, icon yang berarti citra dan scope yang berarti mengamati. Ia meninggal karena usia tua pada 29 Juli 1982. Dialah yang kemudian sebagai Sang Penemu Televisi. (1889-1982).

1939 - tepatnya tanggal 11 Mei, untuk pertama kalinya, sebuah pemancar televisi dioperasikan di kota Berlin, Jerman. Dengan demikian, dunia mulai berkenalan dengan alat komunikasi secara visual. Stasiun televisi itu kemudian diberi nama Nipko, sebagai penghargaan terhadap Powel Nipkov, ilmuwan terkenal Jerman dan salah seorang penemu peralatan Television.

1940 - Peter Goldmark menciptakan televisi warna dengan resolusi mencapai 343 garis.
1956 - Robert Adler kelahiran Amerika Serikat bersama rekannya Eugene Polley, menemukan remote control Television. Walaupun bukan Television, tetapi penemuannya menjadi sangat penting bagi teknologi televisi. Dia meninggal dalam usia 93 tahun. Penerima penghargaan Emmy tahun 1997 karena penemuannya itu mendapatkan lebih dari 180 paten Amerika selama karir 58 tahunnya. Menurut istrinya, pengendali jarak jauh televisi itu bukanlah penemuan favoritnya dan dia jarang menonton Television.

1958 - Sebuah karya tulis ilmiah pertama tentang LCD sebagai tampilan layar Television dikemukakan oleh Dr. Glenn Brown.

1964 - Prototipe sel tunggal display Televisi Plasma pertamakali diciptakan Donald Bitzer dan Gene Slottow. Langkah ini dilanjutkan Larry Weber.

1967 - James Fergason menemukan teknik twisted nematic, layar LCD yang lebih praktis.
1968 - Layar LCD pertama kali diperkenalkan lembaga RCA yang dipimpin George Heilmeier.
1975 - Larry Weber dari Universitas Illionis mulai merancang layar plasma berwarna.

1979 - Para Ilmuwan dari perusahaan Kodak berhasil menciptakan tampilan jenis baru organic light emitting diode (OLED). Sejak itu, mereka terus mengembangkan jenis televisi OLED. Sementara itu, Walter Spear dan Peter Le Comber membuat display warna LCD dari bahan thin film transfer yang ringan.

1981 - Stasiun televisi Jepang, NHK, mendemonstrasikan teknologi HDTV dengan resolusi mencapai 1.125 garis.

1987 - Kodak mematenkan temuan OLED sebagai peralatan display pertama kali.
1995 - Setelah puluhan tahun melakukan penelitian, akhirnya proyek layar plasma Larry Weber selesai. Ia berhasil menciptakan layar plasma yang lebih stabil dan cemerlang. Larry Weber kemudian megadakan riset dengan investasi senilai 26 juta dolar Amerika Serikat dari perusahaan Matsushita.

2000-an, masing-masing jenis teknologi layar semakin disempurnakan. Baik LCD, Plasma maupun CRT terus mengeluarkan produk terakhir yang lebih sempurna dari sebelumnya.

2008 dan seterusnya, menyusul perkembangan televisi digital di negara-negara Amerika dan Eropa, Indonesia juga akan menerapkan sistem penyiaran Televisi digital (Digital Television/DTV) adalah jenis TV yang menggunakan Modulasi digital dan sistem kompresi untuk menyebarluaskan video, audio, dan signal data ke pesawat televisi.

Latar belakang pengembangan televisi digital:
-Perubahan lingkungan eksternal
-Pasar TV analog yang sudah jenuh
-Komplain adanya noise, ghost dll
-Kompetisi dengan sistem penyiaran satelit dan kabel (Cable Television)

Perkembangan teknologi :
-Teknologi pemrosesan sinyal digital (Digital Signal Processor)
-Teknologi transmisi digital
-Teknologi semikonduktor
-Teknologi peralatan display yang beresolusi tingggi

Keunggulan televisi digital :
-High Definition. 5~6 kali lebih halus dibanding televisi analog
-Finest sound. Kemampuan mereproduksi suara seperti sumber aslinya
-Multifunction. Memberi kemampuan untuk merekam dan mengedit siaran
-Multichannel (satu saluran dapat diisi lebih dari 5 program yang berbeda)

Sunday, August 15, 2010

Apa itu Perkakasan (Hardware) Komputer

Perkakasan atau lebih dikenali dengan “Hardware” komputer merupakan sekumpulan perkakasan di dalam komputer yang boleh dilihat, disentuh dan dirasa. Secara umumnya, hardware komputer boleh dibahagikan menjadi 4 bahagian seperti berikut:

  1. Alat Input
    - Touch screen
    - Keyboard
    - Mouse
    - Scanner

    - CD-Rom
    - Floppy disk
    - Trackball
    - MIC
    - Pointing device
  2. Alat Proses
    Terdiri daripada CPU (central processing unit) atau mesin memproses yang disokong oleh motherboard (papan induk) dan dibantu oleh komponen-komponen yang terdapat di dalam motherboard tersebut.
  3. Alat Ouput
    -
    Printer
    - Monitor

    - CD-RW
    - DVD-RW
    - Floppy disk drive
    - Plotter
  4. Media Penyimpanan
    - Hard disk
    - Disket
    - Flash memory

    - Thumb drive

Mesin Memproses (Processor)
Mesin memproses (processor) merupakan otak dan pusat yang mengendalikan komputer yang disokong oleh komponen-komponen lain. Processor merupakan chip yang kerap disebut “microprocessor“. Era kini, saiz processor telah mencapai tahap gigahertz. Saiz atau ukuran tersebut merupakan kiraan kelajuan processor dalam mengolah data atau informasi. Proses pengolahan, akses data dan informasi menjadi semakin laju sekiranya ukuran semakin besar. Pada dasarnya, sistem kerja processor dibantu oleh data bus dan chipset.

Pelbagai jenis processor terdapat di pasaran adalah seperti berikut:

  • AMD (American Micro Device)
  • Intel
  • IBM
  • Cyrix
  • APPLE
  • IDT

***sumber: Mastering the skills of computer MaintainanceSynergyMedia



Virus



Bahasa Pengaturcaraan Virus

Seperti yang telah diperkatakan, virus sebenarnya adalah program komputer, jadi ia memerlukan bahasa aturcara untuk menulisnya.
Virus kerapkali ditulis menggunakan bahasa aturcara;

i. Assembly Languages
ii. Basic
iii. C Language
iv. Pascal
v. Visual Basic
vi. Java script


Keupayaan Virus

Sehingga kini terdapat lebih dari 10,000 jenis virus dan variasinya di seluruh dunia. Malah setiap hari tidak kurang dari 10 jenis virus baru ditemui. Dengan jumlah itu adalah agak mustahil untuk mengatakan bahawa komputer kita tidak akan dijangkiti walaupun sekali.

Terdapat pelbagai kemusnahan yang dilakukan oleh virus, antaranya ;

i. Memformat Harddisk = Michelangelo, Black Monday, Dark Avenger
ii. Melakukan operasi tergantung (hang) = Stoned
iii. Memperlahankan prestasi komputer = Slow, Jerusalem
iv. Memberi mesej grafik = Ambulance, PingPong,
v. Memulakan semula komputer (reboot) = Aircop, Pendang
vi. Mencetak mesej = Print Screen, Ifrit

Walaupun terdapat virus yang hanya memaparkan mesej dan tidak melakukan kemusnahan, namun ia tetap dianggap menggangu pengguna.

Terdapat pelbagai negara yang menjadi negara penulis virus antaranya;

Bulgaria
Canada
Germany
Israel
Poland
Indonesia
USA
Russia & DLL...


Jenis Virus mengikut Sistem Operasi

Virus berbeza dari segi sistem operasi, misalnya virus untuk sistem operasi Apple tidak akan menyerang sistem operasi Dos atau Windows begitu juga virus untuk sistem operasi Linux. Terdapat juga virus untuk sistem komputer tangan seperti sistem pengoperasi Palm, Windows CE, Symbian dan lain-lain.