Wednesday, October 20, 2010

IPv4 Menghampiri Hujung Nyawa!

Tahukah anda bahawa IPv4 (sistem alamat internet yang digunakan sekarang) akan habis digunakan dalam masa 518 hari lagi dari sekarang?

Mengikut statistik yang dijalankan oleh INTEC Systems Institute, hanya tinggal 9% daripada 4 billion jumlah alamat IPv4 yang boleh digunakan sekarang. Jangkaan menunjukkan IPv4 akan kehabisan pada 19 September 2011. Selepas itu, IPv6 akan diaktif sepenuhnya untuk menggantikan IPv4. Paparan dibawah menunjukkan maklumat terkini untuk utilisasi IPv4:

Apa konsep asas yang anda perlu tahu tentang IPv6 dan IPv4?


IPv4 IPv6

Menggunakan sistem nombor persepuluhan (0 hingga 9) Menggunakan sistem nombor perenambelasan (0 hingga 9 + A hingga F)

Subnet berdasarkan 32 bit Subnet berdasarkan 128bit

Lebih kurang 4 billion jumlah alamat Lebih kurang 340 undecillion atau 3.4×1038 jumlah alamat

Satu alamat umum (public IP) akan digunakan oleh pengguna walaupun dibelakangnya boleh terdapat banyak alamat peribadi (private IP)

Seorang pengguna boleh menggunakan sehingga 500 septilion alamat umum (public IP) atau 5×1028 tidak termasuk alamat peribadi (private IP)


Tidak boleh digunakan bersama IPv6

IPv4 boleh digunakan pada IPv6 (dual-stack IPv4 tunnelling)