Sunday, August 22, 2010

Tips penjagaan komputer riba

Penggunaan komputer riba atau lap top adalah trend masa kini. Mudah dibawa serta menampilkan gaya eksklusif. Biar pun telah lama digunakan dengan penjagaan yang sempurna ia seperti baru dibeli. Penjagaan komputer riba yang efektif memanjangkan jangka hayat penggunaannya. Ikutilah beberapa tip cara penjagaan komputer riba anda.

1. Bateri
Elakkan daripada penggunaan bateri.
Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adaptor.
Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci
Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD
Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
Gunakan screen saver.
Power management setkan pada 'Turn Off monitor in ... minutes'.
Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan 'Dead pixel'.

4. Haba Panas
Pastikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector
Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port
Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
Gunakan berus atau berus gigi lama.
Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.



Elakkan mengalih laptop ke sana-sini semasa dihidupkan bagi mengelakkan hard disk cepat 'kong'.

Tips pertama:- Ketika meninggalkan laptop dalam kereta cabut bateri laptop dan bawa laptop atau bateri bersama keluar drpd kereta kerana bateri laptop mengeluarkan gelombang yang boleh dikesan oleh alat pengesan khas. Banyak kes kecurian laptop di dalam kereta di mana hanya laptop yang hilang walau pun diletakkan di tempat yang tidak dapat dilihat dari luar. Jangan letakkan laptop berdekatan sumber kuasa elektrik yang besar.

Tips kedua:- jgn letak laptop di atas katil kerana menghalang pengaliran udara ke processor bg sesetengah laptop yg mempunyai pengudaraan di bawah

1 comment:

  1. salam
    tq info ni...awe selalu gak bersihkan...huhuh...dulu charger rosak24 hours pakai bateri...skunk dah beli charger baru..

    ReplyDelete