KUALA LUMPUR: Laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
telah diceroboh oleh beberapa penggodam tengah malam tadi, berjaya
dipulihkan oleh pengendalinya kira-kira jam 3.45 pagi tadi.
Laman berkenaan berjaya dipulihkan selepas ia ditutup selama kira-kira setengah jam.
Terdahulu, laman web berkenaan telah digodam secara `mass deface’
oleh sekumpulan penggodam menggelarkan diri mereka sebagai UM'07, pjpb
cr3ws, gaysec dan anti-p4sti selepas tengah malam tadi, dipercayai
akibat tidak berpuas hati dengan keputusan pertubuhan itu menetapkan
harga tiket sekata RM50 bagi perlawanan akhir Piala Malaysia, esok.
Kumpulan penggodam itu telah meminda lambang persatuan itu serta
meletakkan mesej yang menggunakan kata-kata kesat dan mengutuk tindakan
FAM pada laman berkenaan.
Harian Metro, yang mendapat
maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang peminat Facebook Harian
Metro * myMetro dikenali sebagai Muhammad Fahmi, yang melayari laman web
FAM (www.fam.org.my) mendapati penggodam terbabit turut memuat naik
laporan berita mengenai keputusan FAM yang tidak berganjak berhubung
harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu menentang
Negeri Sembilan itu.
Selain itu, dua klip video turut
dimuatkan di laman web berkenaan yang memaparkan sekumpulan penyokong
bola sepak dengan latar lagu yang mencaci FAM.
Penggodam terbabit turut mengecam kenyataan Setiausaha Agungnya,
Datuk Azzuddin Ahmad, yang berkata bahawa “Malaysia adalah sebuah negara
demokrasi dan penyokong bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir
nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan
mereka.” Setakat jam 3.30 pagi ini, Harian Metro masih belum dapat
menghubungi pihak FAM bagi mengulas masalah pencerobohan berkenaan.
Harian Metro melaporkan, ketika berdepan banyak bantahan, FAM tidak
berganjak dengan keputusannya menetapkan harga tiket RM50 bagi
menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri
Sembilan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Azzuddin berkata, pihaknya tidak bercadang menurunkan harga tiket
kerana selepas kajian, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mendapati
harga tiket itu adalah wajar.
Mengulas permintaan Menteri
Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya FAM mengkaji
semula harga tiket itu, beliau berkata FAM menghormati permintaan itu
namun tidak akan berganjak daripada keputusan asal.
useful information, thank you for sharing.. keep posting! :)
ReplyDelete