Saturday, November 19, 2011

Dulu kini dan selama nya...

Dunia tanpa batasan dan semua di hujung jari anda, itulah perkataan yang selalu kita dengar apabila seseorang menjelaskan definisi teknologi dan internet. Namun 28 tahun lalu dan sebelumnya, dunia tu hanya bulat, ilmu dan maklumat bukan senang didapati sebab kena jalan jauh naik bas dan korek maklumat tu dekat perpustakaan.
Masih segar di ingatan mak seringkali bawa mesen taip balik rumah untuk siapkan kerjanya dan selepas tu selang beberapa tahun, dia bawa pula sebijik komputer Apple. Ha.. apa lagi kami adik beradik turut tidak ketinggalan menggatalkan tangan ni menyentuh2 benda ni, yer lah, dulu perkataan komputer pun masih baru apatah lagi perkataan pendrive, cd-rom dan segala macam. Dari komputer apple kami terdedah pulak dengan komputer berasaskan windows.
Apple komputer lama
Ha, platform windows ketika itu tak sama dengan apa yang kita ada hari ni. Dulu kalau kita nak aktifkan system operasi, kena guna floppy B:/ yang besarnya setengah dari kertas A4 tu. Kalau sekarang ni skrin komputer pun boleh disentuh, dulu istilah tu masih belum masuk dalam kamus sebab pengguna perlu meramas-ramas tetikus tu untuk jalankan kursor. Peranti storan Floppy A:/ tu pun hanya berkapasiti 1.44MB dan itu pun kena guna 3 disket hanya untuk dapatkan sebuah MP3, sekarang ni guna pen drive dah boleh simpan beribu-ribu lemon mp3 dalam tu.
Pendrive zaman dahulu
Sedikit demi sedikit teknologi berubah, dulu game tak banyak sangat, rasanya game pertama yang saya pernah main dekat komputer ialah game ski dan pacman. Ler, waktu tu PSP pun belum wujud entah-entah pencipta dia pun sedang main Super Mario, Donkey Kong dengan Contra tu. Selebihnya memang habiskan main lumpur, mandi sungai atau panjat pokok rambutan. Ada anda berani? Memang nostalgia sangat kan.
Permainan Zaman dahulu

Kalau nak dibandingkan dengan zaman saya dengan sekarang ni, memang perubahannya agak ketara betul. Nak dapatkan maklumat melalui internet pun kena pegi dekat kedai komputer sebab internet masih lagi terhad waktu tu. YM? Facebook Chat? Skype? Jangan harap benda tu wujud, kami hanya didedahkan dengan MiRC dan itu pun makan masa panjang untuk connect dekat server. Walaupun begitu, saya memang bersyukur sangat dapat melihat dan merasai ledakan perkembagan teknologi.
Gadget impian
Gadget impianku
Saya memang menyanjungi produk keluaran Apple sebab dari produk Applelah saya kenal apa itu tetikus, merasai antaramuka system operasi dan pandai menaip menggunakan papan kekunci. Namun sayang, belum sempat saya miliki produk keluaran Apple, pengasasnya pula sudah meninggalkan dunia dengan legasinya. Itu pun sehari selepas Apple iPhone 4s diumumkan.
Gadget impianku
Baru-baru ini saya ada tulis sebuah artikel mengenai niat baik seorang blogger yang nak sponsor gadget idaman dan memang kalau boleh nak dapatkan gadget idaman saya tu. iPhone 4s yang baru dikeluarkan memang memikat dihati apatah lagi ditambah dengan aplikasi pintar SIRI (agaknya SIRI tu boleh dijadikan girlfriendlah, manakan tidak 24 jam bersama kita jer) yang memang superb ditambah dengan kepantasan sistem operasi handphone tu yang mengagumkan dengan kamera 8 megapikel. Rasanya senang juga nak bawa benda ni kalau nak bercuti, internet pun boleh kita surf, benda tu pun boleh dijadikan kamera. Cehh.. Penat air liur kita keluar memuji habis-habisan pun bukannya pihak Apple Malaysia nak sponsor kita sebijik benda tu. Walaupun benda tu memang banyak kebaikannya, namun saya masih tak puas hati. Agaknya kalau nak surf internet dengan iPhone tu perlu guna kanta pembesar baru puas.
Gadget impianku
Ha, benda ni tak jadi isu kepada iPad2 sebab benda tu memang dah besar, surf internet pun best jer, lagi-lagi kalau nak berblogging memang puas sangat. Kalau mengharapkan notebook memang payah nak bawa dekat mana-mana. iPad2 memang tak ada jauh bezanya dengan iPhone Cuma iPad 2 tidaklah secanggih iPhone 4s dengan system pintar SIRI tu. Tapi yang penting benda tu boleh guna untuk surfing internet, baca e-book, aktiviti berblogging, bersengol-sengolan dengan twitter, alat petunjuk bila sesat dekat kota metropolitan, kamera kalau nak berwebcam pun boleh jer dan untuk aktiviti hiburan seperti layan lagu jiwang leleh atau filem hindustan.
Gadget impianku
Ha, lagi satu iPad 2 boleh dibawa ketika pegi berkhemah dalam hutan belantara. Selain fungsinya yang menarik dan memastikan kita sentiasa berhubungan dengan internet, iPad 2 juga boleh digunakan untuk memasak. Tak percaya? Jom layan video dekat bawah ni.
Haaa.. apa macam? best tak gadget impian kalbu saya ni? Maka dengan itu, gadget Impian saya adalah iPad 2. Pssstt. Kalau menang contest anjuran Denaihati ni memang best sangat.

No comments:

Post a Comment