Sunday, June 24, 2012

Sejarah pertukaran waktu Di Malaysia


Di Semenanjung Malaysia:
  • Sebelum 1880 mengikut waktu min tempatan Kuala Lumpur, 6j 46m 48s lebih cepat dari GMT. Selepas itu, 6j 55m 24s (mengikut waktu Singapore).
  • Selepas 31 Mei 1905  dipiawaikan oleh British ke +7:00 GMT (Waktu Malaya).
  • Selepas31 Disember 1932 , dipercepatkan 20 minit untuk memanjangkan waktu siang.
  • Bermula 1 September 1941 , dipercepatkan lagi 10 minit menjadi +7:30 GMT.
  • Bermula 16 Februari 1942, dipercepatkan dua jam mengikut waktu Tokyo, disebabkan pendudukan Jepun di Tanah Melayu
  • Bermula 13 September 1945,  diselaraskan semula sama seperti 1941.
  • Bermula 1 Januari 1982, dipercepatkan 30 minit untuk diseragamkan dengan waktu Sabah dan Sarawal dan kemudian dipanggil 'Waktu Piawai Malaysia'.
Di Malaysia Timur:
  • Sehingga Mac 1926, Sarawak mengikut waktu min tempatan Kuching, 7j 21m 20s lebih cepat dari GMT.Borneo Utara pula mengikut waktu min tempatan Jesselton. Selepas itu diselaraskan menjadi +7:30 GMT (Waktu Borneo).
  • Pada awal 1933, dipercepat 30 minit menjadi +8:00 GMT.
    • Waktu musim panas diperkenalkan antara 14 September dan 14 Disember, masa ketika ini dipercepat 20 minit.
  • Bermula 1942, mengikut waktu piawai Tokyo +9:00 GMT akibat pendudukan Jepun.
  • Bermula September 1945, diselaraskan semula sama seperti 1933, tetapi tanpa waktu musim panas.
  • Pada  1 Mei 1982,waktu +8:00 GMT ini dipanggil 'Waktu Piawai Malaysia'.

Sumber : Wikipedia

No comments:

Post a Comment