Sunday, January 8, 2012

Laman rasmi Filipina digodam

MANILA - Selepas melakukan beberapa siri serangan siber, sekali lagi kumpulan penggodam antarabangsa membuat onar sehingga menyebabkan beberapa laman sesawang rasmi kerajaan Filipina termasuk milik timbalan presiden tidak dapat beroperasi selama kira-kira 15 jam pada malam tahun baru lalu.

Timbalan presiden, Jejomar Binay berkata, serangan itu dipercayai telah didalangi kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai PrivateX.


Susulan daripada insiden tersebut, pengendali laman sesawang kerajaan, Institut Teknologi dan Sains Lanjutan (Asti) telah memulakan siasatan dan turut mempertimbangkan untuk memuat naik perisian bagi mengelakkan kejadian sama daripada berulang.

Kumpulan PrivateX itu juga turut menceroboh beberapa laman sesawang agensi kerajaan lain seperti Institut Penyelidikan Nuklear, Lembaga anticetak rompak Optical Media dan beberapa agensi kerajaan.

Sementara itu, dalam satu mesej ringkas, PrivateX menegaskan tindakan penggodaman tersebut adalah sebagai amaran supaya Filipina memperketat kawalan keselamatan siber di negara tersebut.


Sumber :- SinarHarian.com.my

No comments:

Post a Comment