MENLO PARK - Sebanyak 45,000 akaun pengguna laman sosial, Facebook di
Eropah telah diserang virus ramni sehingga menyebabkan mereka terpaksa
menukar kata laluan secara serta-merta.
Sementara itu, agensi keselamatan siber, vendorSeculert melaporkan
puluhan ribu akaun pengguna Facebook di Perancis dan Britain telah
digodam pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan nama dan kata
laluan mereka.
Ini kerana hasil siasatan mereka mendapati kebanyakan pengguna
menggunakan kata laluan yang sama untuk perkhidmatan dalam talian lain
dan ia telah menjadi antara sebab penjenayah mahu mendapatkan maklumat
dengan mudah melalui serangan virus itu.
Jurucakap Facebook menyatakan pengguna boleh melindungi akaun dengan
tidak menekan mana-mana pautan asing dan mencurigakan yang muncul secara
tiba-tiba pada halaman mereka
Sumber :- SinarHarian.com.my
No comments:
Post a Comment