BAGI seorang blogger, idea sememangnya sangat penting untuk mendapatkan bahan yang menarik untuk ditulis dalam blog.
Jangan benarkan idea yang menarik itu terlepas begitu sahaja tanpa dikongsi bersama pembaca dan pengikut setia di blog kamu.
Aplikasi yang ditampilkan oleh .com minggu ini mungkin dapat membantu kamu dalam menyelesaikan masalah itu agar kamu dapat mengemas kini blog di mana sahaja.
Cukup dengan hanya menggunakan telefon, kamu boleh mengemas kini blog
melalui perisian Blogger oleh Google Inc. yang terdapat di dalam
telefon pintar Android dan juga iPhone.
Caranya sangat mudah, setelah memuat turun aplikasi melalui Play
Store (Android) atau App Store (iPhone) kamu kini boleh mengemas kini
blog di mana sahaja kamu berada.
Paparannya sangat ringkas dan mudah digunakan ditambah pula jika kamu
mempunyai banyak blog dalam satu akaun kamu boleh memilih untuk
mengemas kini blog yang kamu suka.
Jika kamu belum lagi mahu menyiarkan entri tersebut, kamu boleh menyimpan idea yang sudah kamu tulis dalam draf.
Jadi apa tunggu lagi blogger di luar sana, bolehlah
mencuba aplikasi ini bagi memastikan semua idea dan catatan blog kamu
sentiasa dikemas kini walaupun ketika dalam perjalanan jauh.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment