CyberSecurity Malaysia memperkenalkan garis panduan internet yang
baru, dikenali sebagai Amalan Terbaik Bagi Laman Perangkaian Sosial
(SNS).
CyberSecurity Malaysia adalah pusat pakar keselamatan siber negara
dan agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity
Malaysia, Prof Datuk Husin Jazri, berkata tujuan mewujudkan garis
panduan berkenaan ialah bagi membantu pengguna SNS, sama ada organisasi
atau individu untuk memahami “bahagian tidak baik” SNS.
“Dengan memahaminya, pengguna boleh mengetahui dengan baik apa yang
boleh dan tidak boleh dilakukan di samping menikmati faedah menggunakan
SNS.
“Amalan terbaik digunakan sebagai amalan yang diterima yang menyokong
SNS dengan lebih etika serta melindungi keperluan keselamatan pengguna
dan individu,” katanya.
Husin berkata, kekurangan kesedaran di kalangan pengguna dari segi
ancaman, ketidaktentuan dan risiko boleh membawa kepada kawalan yang
kurang baik dan pengurusan penggunaan SNS serta keperluan untuknya.
Sehingga Ogos tahun ini, sebanyak 625 insiden berkaitan dengan laman
perangkaian sosial dilaporkan kepada CyberSecurity Malaysia melalui
Pusat Bantuan Cyber999 berbanding tempoh sama tahun lalu yang
mencatatkan 124 insiden. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment