Thursday, September 8, 2011

Pejabat Google Di Serbu


WASHINGTON 7 Sept. - Pengawal selia badan antimonopoli Korea Selatan melancarkan serbuan di beberapa pejabat Google di Seoul semalam, lapor laman berita teknologi CNET.


Menurut CNET, punca pejabat Google menjadi sasaran Suruhanjaya Perdagangan Adil Korea (KFTC)
belum dapat dipastikan. Seorang jurucakap Google yang dihubungi oleh AFP berkata, firma gergasi carian Internet itu akan 'bekerjasama dengan KFTC untuk menjawab sebarang persoalan yang mungkin mereka bangkitkan mengenai perniagaan kami'.


Pada April lalu, dua syarikat Internet terbesar di Korea Selatan mengemukakan aduan kepada KFTC dengan menuduh Google menyekat persaingan dalam pasaran carian telefon mudah alih di negara itu.

Kedua-dua syarikat terlibat, Daum dan NHN Corp mendakwa, Google mengeksploitasi kedudukannya sebagai pembangun sistem operasi mudah alih Android untuk memastikan fungsi cariannya dimuatkan terlebih dahulu dalam telefon pintar keluaran tempatan. Tindakan itu mengehadkan akses enjin carian tempatan ke telefon pintar yang menggunakan Android.


"Kami tidak dapat mengesahkan atau menafikan laporan CNET itu kerana kami khuatir mendedahkan butir-butir siasatan boleh menjejaskan siasatan kami di samping merosakkan perniagaan syarikat yang disiasat," kata seorang jurucakap KFTC. Google semalam menafikan pihaknya mewajibkan pengeluar telefon mudah alih menggunakan enjin carian Google.


"Android ialah platform terbuka, dan rakan-rakan kami di kalangan syarikat telekomunikasi dan OEM (pengeluar peralatan tulen) bebas untuk memutuskan aplikasi dan perkhidmatan yang hendak dimasukkan ke dalam telefon mereka yang menggunakan Android," kata jurucakap itu. Katanya, Google tidak menghendaki syarikat telekomunikasi atau pengeluar memasukkan aplikasi Google atau Google Search ke dalam peralatan yang menggunakan Android. - AFP



Sumber: utusan.com.my

No comments:

Post a Comment