Monday, September 5, 2011

Google uji jalur lebar terpantas di dunia


CALIFORNIA - Penduduk di Palo Alto, California bertuah kerana dapat merasa perkhidmatan jalur lebar 1 Gbps yang sedang diuji syarikat Internet, Google dan membolehkan mereka memuat turun fail dari Internet 100 kali ganda lebih laju berbanding jalur lebar normal.





Jaringan Internet Google Fiber itu membolehkan pengguna memuat turun pada kelajuan 300 Mbps dan kelajuan muat naik pada 150 Mbps, menjadikannya Internet paling laju di dunia yang boleh dinikmati pengguna di rumah.

Melalui eksperimen itu, Google mendapati sedutan filem definisi tinggi (HD) bersaiz 95 megabit boleh dimuat turun dalam sembilan saat berbanding kelajuan biasa, iaitu tiga minit.

Google menganggap eksperimen itu sebagai langkah pertama untuk penyiaran HD secara langsung melalui Internet yang membolehkan pembelajaran jarak jauh dan tentunya mampu memuat turun filem dalam hanya beberapa minit.

sumber : sinar harian

No comments:

Post a Comment